Pages

Monday 5 September 2011

Tidak ku sangka. secepat ini kau pergi..

Segalanya musnah dlm sekelip mata. Masin mulut kawanku "cinta jarak jauh tak akan kekal". Hari nie aku dpt berita yang family si dia sudah mendapatkan calon isteri untuknya. Pagi nie, aku baca mesegnya. "Jangan kol abg lg, family dah dpt calon isteri untuk abg". Tima kasih kerana bahagiakan dan gembirakan aku dlm waktu kita bercinta. Sesungguhnya, badan aku jadi menggigil dan menggeletar setelah membaca meseg darinya. Baiklah, aku tak akan ganggu dia lg. Ketika aku membuat post ini, aku tengah mengalirkan air mata. Ya! setiap pertemuan mesti ada perpisahan cuma aku tak sangka pada hari raya ini. Maafkan aku jika post ini mengganggumu. Hanya maaf ku pinta darimu. Jagala diri baik2. Hargailah wanita yang telah kau pilih. Terima kasih!assalamualaikum..

Friday 2 September 2011

Rinduku padanya...

Bila rindu menjelma pada arwah...aku termenung dan mngalirkan air mata tnpa aku sedari, hati aku berasa sunyi dan sedih. Aku tak sempat berjumpa dengannya buat kali terakhir dia meminta untuk berjumpa denganku. Kini, aku telah kehilangan kawan baik yang sangat baik denganku. Dia pergi meninggalkan aku selama-lamanya. Syawal menjelang buat aku teringat tentangnya. Hari raya yang aku pergi ke rumahnya adalah kali pertama dan tanpa aku sangka, itu jgk adalah kali terakhir. Baiknya dia melayan aku. hmm..... Sudah hampir 4 tahun dia pergi, tp kalau aku terkenang tentang diri arwah, sudah pasti air mataku mengalir dan surah Al-Fatihah atau surajh Yassin aku sedekahkan padanya. Azhari....Semoga rohnya dicucuri rahmat. Walaupun aku sangat sayangkan arwah, tp ternyata Allah lagi sayang padanya.. Semua kerana dia adalah seorang yang sangat baik, tabah, sabar dan sangat berusaha dalam hidupnya dulu.. Sungguh aku tak tipu, dia sentiasa dlm hatiku. Kawanku yang sangat baik...