Pages

Saturday 28 September 2013

My Story

Nama saya Noor Fattieha Binti Bahador. Boleh panggil saya Fattieha atau Tia lebih ringkas betul? Hari ini saya sangat gembira menjadi salah seorang pakar penasihat dalam menguruskan kewangan dari segi bagaimana untuk memberanakkan duit dengan duit tanpa susah payah, dalam segi perlindungan dan menyelesaikan masalah proses wasiat dengan menggunakan kaedah "CREATE, "PROTECT" atau "PRESERVE". Caranya hanyalah dengan menyimpan atau melabur sedikit duit. Saya mengenali dan menyertai syarikat ini pada tahun lepas iaitu pada Oktober 2012. Sangat bahagianya saya dalam bidang ini adalah kerana saya dapat membantu ramai masyarakat diluar sana daripada takut dengan pelaburan atau tidak tahu pentingnya menyimpan kepada melabur dan menyimpan.

Kenapa saya suka orang menyimpan dan melabur? Dijadikan cerita, saya dilahirkan disebuah keluarga yang agak susah. Mempunyai sepuluh orang adik-beradik. Ibu bekerja sebagai pekerja kilang dan ayah yang sekejap kerja dan sekejap tidak. Sepanjang saya belajar sampai ke ijazah dengan mengambil PTPTN sambil bekerja sambilan di sebuah mall sebagai promoter, sampai kesudah tetap tidak juga boleh membuat simpanan. Mengapa? kerana akhirnya PTPTN memang untuk menolong keluarga, duit kerja pula yang digunakan untuk belajar. Yang sedihnya, ibu saya nak bersara, duit dalam simpanan KWSP hanyala sejumlah dalam RM30 ribu dan memang tiada simpanan lain. Cuba fikirkan jika ibu dan ayah saya tidak mempunyai anak. Bagaimanakah ibu dan ayah saya hendak menampung kehidupan ketika berumur 55 tahun keatas dengan jangka hayat manusia sekarang sehingga 75 tahun hingga 80 tahun. Dengan tubuh badan yang kurang sihat, adakah dengan duit KWSP itu sendiri cukup untuk membantu mereka terus hidup tanpa bekerja? Mahukah anda melihat generasi anda susah? Tidakkah anda kasihankan diri sendiri dn orang kesayangan anda?

Alhamdulillah, saya sekarang penasihat agensi yang terbaik yang mampu memberikan nasihat kepada masyarakat bagaimana hendak membuat simpanan atau pelaburan dengan cara yang paling bijak dan berkesan. Paling menggembirakan, mereka mampu meneruskan kehidupan dengan baik atau lebih baik terutamanya selepas bersara tanpa bekerja. Duit tersebut mampu beranak dan beranak menampung kehidupan mereka tanpa bekerja. Berapa ramaikah dikalangan anda yang mahu mengetahui cara pengurusan kewangan dari segi pelaburan atau penyimpanan melalui unit trust dan private retirement scheme, ASB, perlindungan takaful dan cara membuat wasiat? Berapa ramaikah dikalangan anda mahu mengubah nasib anda dan keluarga? Anda boleh mendapat nasihat saya di nombor 019-4180811 atau emailkan kepada saya di fattieha90@gmail.com.