Pages

Friday 22 August 2014

Hatiku lembut berbicara

             Sudah lama rasanya aku tidak mengarang ataupun menulis. Dua tiga hari ini aku merasa tiada orang dekat denganku untuk meluahkan segala...Letih..Penat..Sedih..Terkilan...Itulah lumrah kehidupan seorang manusia biasa. Rasa keseorangan tidak boleh lari apabila kita diperantauan berjauhan dengan keluarga. Tambahan orang seperti aku yang tidak pandai untuk bersosial. Adakalanya, aku mengatakan pada diriku sendiri bahawa aku memang tidak punya ramai kawan.

            Sudah dua tiga hari aku merasa keseorangan. Dia yang dekat, paling dekat di sini lebih senang keluar bersama kawan-kawan dan bos kerjanya. Aku diberitahu, jumpa hari-hari...tidak mengapa. Herm..aku mengeluh berat. Aku bertanya di dalam hati. Sangat indah atau seronok sangatkah keluar dengan rakan sekerja yang memang dari hari Isnin sampai sabtu jumpa...lebih 8 jam sehari. Pelik....Inilah dunia. Inilah dikatakan lumrah. Bila tiada, kita mencari. Bila dah ada, seperti tidak menghargai. Sayang.......

            Aku termenung sendirian. Sulit aku rasakan ketika ini. Benar kata orang, inilah padahnya bila letih berseorangan..termenung sendirian..lalu air mata berguguran. Dengan siapa aku sekarang??Hanya Dia!!!! Pendengar setia makhluknya. Sering aku bertanya pada diriku, sampai bilakah aku seperti ini??? Adakah berbaloi masaku...??kerahku??hatiku dan diriku??Wahai si dia yang juga manusia biasa, ketahuilah aku masih lagi bersabar menunggumu. Dalam Islam, kesabaran sebenar tiada batasan. Namun aku bukan seorang yang kuat. Keluargaku tiada halangan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jika banyak alasanmu. Aku tidak akan tahu sampai bila aku mahu begini.

          Bukan aku sombong...bukan aku memilih...bukan aku tidak sabar.. Tap sesungguhnya imanku tidaklah sekuat Khatijah. Aku juga sayang akan diriku dan ibubapaku. Aku tahu, kau mesti tahu dan faham kerana kau juga memiliki seorang saudara perempuan. Bagaimana kau mahu menjaga adikmu, begitulah aku rasakan tanggungjawabku terhadap diriku diperantauan. Ketahuilah sayang, aku tidak suka akan pertengkaran dan pergaduhan dikala berbincang tentang sesuatu yang diredhai. Aku cuma mahu sesuatu yang suci. Jangan salahkan rezeki jika sekarang rezekimu kecil tapi percayalah. Tuhan itu Maha Kaya. Aku percaya tentang rezeki mahupun aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.

         Dengarilah!!!aku hanya manusia biasa. Andai kata kau terjumpa atau terbaca nukilanku ini. Ketahuilah, aku ikhlas dengan hubungan kita namun aku redha dengan apa yang akan terjadi. Aku hanya manusia yang hanya mampu berusaha dan merancang.Bukalah hatimu..fahamilah diriku.

No comments:

Post a Comment