Pages

Friday 3 January 2014

SeTaHuN DaH BeRLaLu

  hmmm...tak elokkan mulakan penulisan atau hari dengan mengeluh. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haaa..kan sedap tu kan... Dah lama aku x menaip, nak kata tak der masa.. banyak tapi itulah...no idea..dan tiada kerajinan. Nak kata tak der idea pon tak jugak jadi maksudnya lebih kepada malasla kan???
               Apa tu maksudnya setahun dah berlalu?? Dulu aku pernah bagitahu yang aku habis pengajian setahun lalu dalam bidang ukur bangunan. Sedih juga bila tak digunakan selalu hanya jarang-jarang. Banyak juga yang aku lupa sebenarnya. Aku tak nafikannya. Walau apapun, aku dapat mempelajari dunia perniagaan..dunia pelaburan dan kewangan (DUIT). Masalah??hermmm.. macam-macam datang tanpa diundang tapi itula yang mengajar aku jadi seperti sekarang. Aku dah semakin pandai berfikir. Bak kata orang semakin matang. Aceceh...hahahaha.
               Jadi!! Apa yang aku nak kongsi bukan semua yang aku taip kt atas tu, apa yang aku nak share sebenarnya tentang pengalaman aku sebagai penasihat kewangan yang hanya bergaji mengikut komisen. Huh!!! Kadang tak cukup duit... Nak tahu kenapa?? Ok.. oleh kerana jadi penasihat ni adalah pekerjaan yang kerja sendiri apabila kita ikutkan sangat kemalasan dalam diri, memangla rezeki tak datang. Bukan sebab rezeki tak ader tapi kurang. ORANG KATA PENASIHAT NI KAYA.. TAK GITU?? Nak tahu sebab apa kewangan aku macam tu? Hah!!! senang jer jawapan dia. Aku terlalu terlalu layankan kemalasan aku.. No wonder kan?? Bila malas, usaha kurang...kerajinan kurang...otak tepu...GAJI lagi KURANGLA...
               Apa yang aku nak bagitahu ni adalah, kena rajin!!!malas???tak mo tak mo...nak berjaya.. usaha kena macam orang yang nak berjaya. bukan macam suri rumah. Suri rumah pon kalau nk berjaya tidur jer kerja, confirm suami balik hangin!! Jadi, tak berjayala suri rumah tu kan. Tak kirala..belajar ke..kerja ker..kalau malas memang jadi seorang yang tak kan dapat result yang kita nak. PAHAM!!!! Aku dah paham selepas setahun aku malas dan result yang aku dapat agak negatif.
              Tahun 2014!!!aku berubah menjadi orang yang rajin untuk mengecap cita-cita dan impianku. Menolong orang lebih ramai, membina jati diri, disiplin, pemikiran dan ke arah yang lebih baik. Aminn... hahaha..

No comments:

Post a Comment